Program Kelas Asas Solekan Percuma Bersama Team Euphoria

23 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2024, pihak pengurusan NADI Kampung Semanggar Dalam bersama Team Euphoria Malaysia telah mengadakan Program Kelas Asas Solekan Percuma yang bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Program ini telah dihadiri seramai 13 orang peserta yang rata-ratanya merupakan komuniti Kg.Semangar Dalam dan Kg.Rangkaian.

Program ini telah dikendalikan oleh staf Team Euphoria Malaysia seramai 5 orang yang diketuai oleh Puan Shima dengan bantuan staf NADI Kg.Semanggar Dalam. Pn.Shima telah memulakan kelas dengan sesi pengenalan sebelum diteruskan dengan sesi penjagaan wajah dengan betul mengikut jenis kulit dan seterusnya ke sesi solekan asas dengan teknik-teknik dan trik-trik solekan yang mudah tapi cantik. Para peserta juga turut dibantu staf-staf Team Euphoria sepanjang kelas dijalankan.

Pada akhir program, semua peserta telah memberikan respon positif terhadap program yang dijalankan dan berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali